bakar-kalori-dirumah

11 Cara Bakar Kalori Percuma di Rumah

 Ini lah 11 manfaat membuat kerja rumah dapat membakar kalori dan menjaga kesihatan secara percuma, tidakkah anda berasa lebih termotivasi untuk membuat kerja-kerja rumah?

Dalam post kali ini saya nak kongsikan 11 kebaikan melakukkan kerja-kerja rumah yang boleh bakar lemak anda secara percuma sahaja !

1. Menyental Bilik Mandi

Menyental kotoran dalam bilik mandi selama 15 minit boleh membakar sehingga 100 kalori, menyamai 30 lompat cangkung serta baik untuk menguatkan otot lengan dan bahu.

basuh-pakaian

2. Membasuh Pakaian

Memasuk dan mengeluarkan pakaian dari mesin basuh, menjemur, dan melipat pakaian dapat membakar 78 kalori dalam sejam, menyamai 100 bangun tubi.

lap-tingkap-buang-lemak

3. Membersih Tingkap

Lakukan aktiviti ini dalam sejam untuk membakar 334 kalori yang menyamai 40 tekan tubi.

4. Membasuh Pinggan Mangkuk

Menyental kotoran pada pinggan mangkuk dapat membakar 560 kalori dalam seminggu jika anda membuatnya selama 15 minit sehari menyamai berenang sejauh 2,500 meter.

seterika-pakaian-buang-lemak-dirumah

5. Menseterika Pakaian

Menseterika pakaian selama 3 jam dalam tempoh seminggu dapat membakar 420 kalori menyamai satu sesi Zumba dan berdiri tegak dalam tempoh panjang baik untuk otot rangka.

berkebun-bakar-lemak

6. Berkebun

Berkebun selama 30 minit dapat membakar 213 kalori menyamai 45 minit berbasikal di kawasan rata. Menyangkul pula baik untuk bahu dan abdomen, jadi seluruh badan anda akan bermanfaat.

potong-rumput-hilnag-lemak

7. Memotong rumput

Menolak mesin pemotong rumput biasa selama sejam membakar 325 kalori.

bermain-dengan-anak-anak

8. Bermain dengan anak-anak

Bermain dengan anak-anak boleh menyihatkan badan. Anda tidak akan sedar persamaannya dengan senaman kardio di gim kerana anda melakukannya sambil ketawa.

lap-habuk-bakar-lemak

9. Menyapu habuk

Tugas termudah yang dapat membakar 25 kalori dalam 15 minit menyamai 2 minit senaman plank.

sapu-lantai-bakar-kalori

10. Sapu dan lap lantai

Membersihkan lantai selama 30 minit membakar 145 kalori menyamai 15 minit senaman di sawat injak (treadmill).

vakum-permaidani-bakar-lemak

11. Vakum permaidani

Menggunakan mesin vakum untuk membersih permaidani selama setengah jam membakar 90 kalori yang menyamai 15 minit tinju tendang.

Saya sudah kongsikan 11 kaedah melakukan kerja-kerja di rumah yang dapat membakar kalori dengan mudah tanpa mengeluarkan apa-apa modal untuk pergi ke gim dan sebagainya.

Anda juga boleh memakai pakaian yang menggunakan teknologi kodenshi untuk memastikan anda membakar lemak dengan lebih berkesan. Nak tahu apa itu teknologi pakaian kodeshi sila klik butang di bawah untuk info lanjut ….